Abstract
Perspektif Ulama Tentang Kadar Pemilikan Dan Pemakaian Perhiasan Emas Dalam Penentuan Kefardhuan Mengeluarkan Zakat Perhiasan
Syed Mohd Azmi bin Syed Ab. Rahman
Ahmad Tirmizi bin Taha
Zaharah Salawati binti Baba
Universiti Sultan Zainal Abidin
Terengganu
Abstrak
Kertas kerja ini bertujuan untuk mengemukakan pandangan ulama’ silam dan kontemporari tentang kadar pemilikan dan pemakaian perhiasan emas dalam wanita dan amalannya di Malaysia. Kefardhuan menunaikan zakat perhiasan emas tertakluk kepada kadar pemilikannya hendaklah melewati kadar uruf pemilikan dan pemakaian wanita lslam setempat, selain daripada syarat-syarat cukup haul dan nisab. Ini bermakna, walau pun pemilikan emas telah cukup nisab tetapi belum melewati kadar berat kebiasaan pada sesuatu tempat dan masa, maka kefardhuan mengeluarkan zakat belum dikenakan kepada mereka. Kajian menunjukkan para ulama’ telah mengeluarkan pandangan yang berbeza terhadap isu ini. Kaedah fiqh ‘adat adalah hakim’ dan ‘perubahan hukum berlaku dengan perubahan masa’ merupakan antara faktor yang menyebabkan timbulnya perbezaan pandangan tersebut. Implikasi dari perbezaan pandangan ini menimbul pelbagai kadar berat perhiasan yang diiktiraf sebagai kebiasaan atau adat pemilikan dan pemakaian oleh mereka. Fenomena ini juga berlaku di negeri-negeri di Malaysia. Kajian yang dijalankan menunjukkan terdapat tiga pendekatan yang digunakan oleh negeri-negeri di sini. Pendekatan-pendekatan tersebut ialah berasaskan kepada kadar berat perhiasan emas, berasaskan kepada nilai emas dan hanya berasaskan kepada nisab, tanpa merujuk kepada kadar kebiasaan pemilikan dan pemakaian perhiasan emas. Dengan meraikan pandangan ulama dan juga fleksibiliti hukum dalam lslam, pengkaji mencadangkan supaya penilaian secara berterusan hendaklah dibuat dari masa ke masa untuk memastikan uruf atau kebiasaan kadar pemilikan dan pemakaian emas sentiasa tepat, sesuai dan semasa.
Kata kunci; Zakat Perhiasan Emas, kadar pemilikan dan pemakaian perhiasan emas, uruf.
________________________________________________________________________________________
The Application Of Zakah On Investment Property:Issues In Fiqh Contemplation
Dr. Mek Wok Mahmud
Senior Lecturer Of Fiqh & Usul Al-Fiqh (IIUM)
Email: Mekwok@Iiu.Edu.My
Ibrahim Mohamed Haji Bulushi
Phd. Candidate Department Of Fiqh And Usul Al-Fiqh (IIUM)
Email: Bulushi2005@Yahoo.Com
Abstract
The Issue Of Investing On Zakat Property Has Remain Controversial Due To New Issues Arising And Different Approach Among The School Of Thoughts. The Relationship Between Zakat, Waqf And Sadaqah Has Also Been An Issue Due To Its Diversity And Different Aspects Underpinning The Subject. The Possible Contemporary Ways Of Utilizing Zakat Including Investing On The Property Generated From Zakat Will Be Discussed. Being A Controversial Issue, The Various Opinions Of Both Classical And Contemporary Scholars On The Islamic Legal Aspect Of Investing Zakat On Property And Issues Arising Will Be Given Proper Attention, So As To Identify Which Of Them Is Relevant To Contemporary Situation Of The Ummah And At The Same Time Not In Conflict With The Objectives Of Shariah. The Different Types Of Investment Enumerated By The Supporters Of Investing Zakat Will Be Specially Discussed From Islamic Perspective And Fiqh Contemplation.
_________________________________________________________________________________________
Asnaf Zakat: Suatu Tinjauan Tekstual Terhadap Konsep Fakir Dan Miskin Berdasarkan Terjemahan Kitab Tafsir Ibnu Kathir[1]
Ahmad Anwar Bin Rosli[2]
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (Isdev),
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,
Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang.
(Ahmadanwarrosli@Gmail.Com)
Tel : 016-4020568
Abstrak
Asnaf Zakat Fakir Dan Miskin Ialah Golongan Yang Kekurangan Keperluan Asas Ekoran Kekangan Sumber Kewangan. Mereka Merupakan Golongan Yang Sangat Memerlukan Kepada Pelbagai Aspek Pembangunan. Pelbagai Bentuk Pembangunan Adalah Diperlukan Bagi Meningkatkan Taraf Kehidupan Mereka. Lantas, Golongan Ini Perlu Kepada Suatu Pengurusan Pembangunan Yang Selari Dengan Islam Agar Mereka Tidak Tenggelam Dalam Kemiskinan Serta Mereka Mampu Menjalani Kehidupan Sebagai Sebahagian Daripada Anggota Masyarakat. Isu Kemiskinan Telah Dikaji Dan Diperbincangkan Daripada Pelbagai Sudut Dan Lapangan Termasuklah Dalam Kalangan Pemikir-Pemikir Islam. Antaranya Dari Segi Punca, Kesan, Langkah Penyelesaian Serta Aspek-Aspek Lain. Di Malaysia, Isu Berkaitan Kemiskinan Tidak Pernah Berhenti Daripada Dibincangkan. Pelbagai Kajian Telah Dilakukan, Namun Masih Terdapat Banyak Lagi Permasalahan Tentang Kemiskinan Yang Masih Perlu Diselesaikan. Antaranya Ialah Masalah Dari Segi Kemiskinan Tegar, Kemiskinan Relatif, Garis Kemiskinan Serta Aspek-Aspek Lain. Justeru, Timbul Persoalan, Adakah Permasalahan Tentang Kemiskinan Ini Turut Berpunca Daripada Kesalahan Pengertian Terhadap Konsep Fakir Dan Miskin? Oleh Sebab Itu, Kertas Kerja Ini Akan Cuba Meninjau Definisi Terhadap Fakir Dan Miskin Berdasarkan Al-Qur’an. Melalui Kertas Kerja Ini, Ayat-Ayat Al-Qur’an Serta Terjemahan Berkenaan Konsep Fakir Dan Miskin Akan Dikenal Pasti. Seterusnya, Terjemahan Kitab Tafsir Ibnu Kathir Terhadap Ayat-Ayat Al-Qur’an Yang Menyebut Tentang Konsep Fakir Dan Miskin Akan Dianalisis. Kertas Kerja Ini Hanya Menjurus Kepada Definisi Al-Qur’an Terhadap Konsep Fakir Dan Miskin Berdasarkan Terjemahan Kitab Tafsir Ibnu Kathir. Kertas Kerja Ini Terhasil Melalui Pembacaan Serta Penelitian Terhadap Isi-Isi Terjemahan Kitab Tafsir Tersebut.
[1] Kertas Kerja yang dibentangkan di The 4th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC 10 ): Transforming Subsistence To Productive Zakat anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 21-22 Disember 2010.
[2] Calon Doktor Falsafah Sains Kemasyarakatan (Pengurusan Pembangunan Islam) di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang.
_________________________________________________________________________________________
Payment Of Zakat To Non Muslims In The Light Of Islamic Shariah
Eshrat Hussain Basri[1]
Post Doctoral Fellow
Centre For Islamic Development Management Studies
School Of Social Sciences, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pening ;
University Of Education, Multan Campus, Multan, Pakistan
E-Mail: Eshratbasri@Gmail.Com Tel: 00646532910, +60103797925
Abstract
This Study Revisited The Literature To Find Answer To An Important Question That Whether Zakat Could Or Could Not Be Paid To The Non Muslims? There Are Different Arguments In Favor Of Giving The Zakat To The Needy Dhimmies (Non Muslims) In An Islamic State. After Reviewing Islamic Teachings, Laid Down In Holly Quran And Sunnah, The Practices Of Pious Caliphs, In The Islamic History, Views Of Different Islamic Schools Of Thought And The Opinion Of Modern Islamic Jurists, The Study Found That Quran And Sunnah Allowed The Payment Of Zakat To The Al-Muallaf-Al-Qulub (Poor Non Muslims And Those, Whose Hearts Are To Be Inclined). However, There Are Differences In The Opinion Of Various Islamic Schools Of Thought. For Example, According To Malki And Zaidi Schools Of Jurisprudence It Is Lawful To Give Zakat To The Non Muslims, Whereas Hanfi School Of Thought Hold Opposite Opinion And Does Not Allow The Payment Of Zakat To The Non Muslims. The Modern Islamic Jurists Muhammad Shaltut, Mustafa Alzarka, Taha Jabir, Syed Abual Aala Maududi, Imam Khumany Of Shia School Of Thought Etc, Argue That Since Modern States Have Become Welfare States, It Is Therefore Allowed To Use Zakat For The Well Being Of Citizens Including The Non Muslims. The Recommendations Given In This Study Are Multidimensional That We Will Not Only Help The Poor Non Muslims But Also Complement To Eradicate Poverty And To Reduce Income Inequality In Muslim Country
[1] Eshrat Hussain Basri (Ph.D) is presently working as a Post Doctoral Fellow at Centre of Islamic Development and Management Studies (ISDEV), School of Social Science, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia. He is actually an Assistant Professor of Islamic Studies at University of Education, Multan, Pakistan. He is also author of many books on the topics of Islamic Ethics such as Teaching of Islamic studies, Western thinkers of education, Education as Discipline, Education research, Assessment, Rights of non Muslims in Islam and Rights of non Muslim Minorities in Pakistan, etc. His special area of research is rights of non Muslim minorities and their problems in Muslim countries.
______________________________________________________________________________________
Zakat Modal Perniagaan Asnaf Fakir Dan Miskin : Analisis Terhadap Tahap Pencapaian
Hasan Bahrom, Mohammed Azam Mohd Adil & Ahmad Jailani
Pengarang : Prof Madya Dr Hasan Bahrom
Institusi : Pusat Pemikiran Dan Kefahaman Islam, Universiti Teknologi Mara, 40450 Shah Alam Selangor
Tel/Email : 0355442667 (P), 0196666647. Drhasan@Salam.Uitm.Edu.My
Abstrak
Kajian Ini Berkaitan Dengan Agihan Dana Zakat Dalam Bentuk Modal Perniagaan Yang Diberikan Kepada Asnaf Fakir Dan Miskin. Perkara Yang Hendak Dilihat Berhubungkait Dengan Pencapaian Yang Diperolehi Oleh Asnaf Sama Ada Dalam Bentuk Metrial Atau Lainnya. Selain Daripada Pencapaian Metrial Penyelidik Juga Melihat Bentuk Pencapaian Berdasarkan Takrifan Pusat Zakat Yang Diselidiki. Pusat Zakat Melihat Tahap Pencapaian Bukan Sahaja Dari Sudut Nilai Kebendaan Iaitu Terkeluar Dari Taraf Kemiskinan, Tetapi Juga Merujuk Kepada Peningkatan Dari Sudut Perubahan Sikap, Perubahan Fikiran Dan Perubahan Nilai Yang Berlaku Di Kalangan Asnaf. Kajian Ini Telah Dilakukan Ditiga Buah Negeri Iaitu Pusat Pungutan Zakat Pulau Pinang, Lembaga Zakat Selangor Dan Pusat Zakat Wilayah Persekutuan Dengan Merujuk Kepada Bahagian Agihan Dana Zakat. Penyelidikan Ini Dilakukan Menggunakan Gabungan Kaedah Kualitatif Dan Kuantitatif. Data Diperolehi Melalui Interview Dan Soal Selidik Yang Diedarkan Kepada Responden Yang Telah Dikenalpasti Iaitu Asnaf Yang Mendapat Bantuan Dana Zakat Modal Perniagaan. Hasil Daripada Kajian Ini Didapati Agihan Dana Zakat Sebagai Modal Perniagaan Sedikit Sebanyak Telah Berupaya Merubah Gaya Hidup Dan Telah Meningkatkan Pendapatan Serta Telah Merubah Aspek Pemikiran, Sikap Dan Nilai Asnaf Fakir Dan Miskin.
_______________________________________________________________________________________
Kefatwaan Fiqh Zakat Asia Tenggara
Abdullah Haji Said, Hasan Bin Bahrom
Rawi Bin Nordin
Pengarang : Prof Madya Dr Hasan Bahrom
Institusi : Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam Selangor
Tel/email : 0355442667 (p), 0196666647. drhasan@salam.uitm.edu.my
Abstrak
Kajian ini merupakan satu usaha menngumpulkan maklumat mengenai kedudukan, pengurusan fatwa dan bentuk-bentuk fatwa mengenai zakat di Asia Tenggara. Negara yang terlibat dalam kajian ini ialah Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Motivasi menjalankan kajian ini adalah melihat kepada pengalaman di Malaysia bahawa kefatwaan telah memainkan peranan yang cukup signifikan dalam meningkatkan kesedaran dan rasa kebertanggungjawab umat terhadap syariat Islam khususnya zakat. Kerjasama serantau dalam pengurusan fatwa akan mampu mengukuhkan keupayaan institusi Islam ini dalam menangani isu-isu semasa khususnya zakat. Metodologi kajian ini adalah menggunakan kaedah kajian perpustakaan, seminar, mesyuarat, tinjauan dan menemubual mereka yang pakar dan berautoriti dalam bidang zakat. Responden terdiri daripada sembilan Jabatan Mufti di Malaysia, lima ahli ahli Majilis Ulama Indonesia, 8 Majlis Agama/ Baitulmal, 8 Pusat Pungutan Zakat, 7 badan pengelola zakat dan 7 orang ahli akademik. Keyakinan kepada Mufti dan institusi fatwa menjadi teras penerimaan dan pematuhan kepada fatwa-fatwa yang dikeluarkan. Kajian mendapati terdapat dua bentuk institusi fatwa di negara-negara Asia Tenggara. Pertama, institusi fatwa di bawah pemerintah iaitu Malaysia, Brunei dan Singapura. Kedua, bukan di bawah pemerintah iaitu Indonesia. Terdapat usaha mengangkat kedudukan Mufti disemua negara. Kedudukan tertinggi Mufti adalah Negara Brunei dimana jawatan mufti diangkat setaraf dengan menteri. Manakala di Malaysia, semua Mufti adalah berjawatan JUSA C. Sementara di Singapura jawatan Mufti terus di bawah Presiden. Seterusnya, kajian juga mendapati terdapat ijtihad-ijtihad baru dalam menentukan sumber-sumber baru kenaan zakat di Asia Tenggara dengan mengguna pakai ijtihad al Qardhawi. Pemeluasan konsep asnaf tertentu telah difatwakan di Malaysia, Indonesia dan Singapura terutama asnaf al Riqab, Muallaf dan Fi Sabilillah. Dapatan kajian boleh dijadikan panduan dalam usaha pihak tertentu melanjutkan penyelidikan serta dalam usaha menyediakan Fiqh Zakat Asia Tenggara.
_______________________________________________________________________________________
Peluasan Konsep Asnaf Zakat Mualaf Di Malaysia
Rawi Nordin, Abdullah Said,
Hasan Bahrom, Noormala Rabu, Abd Gafar Baba
Pengarang : Prof Madya Dr Hasan Bahrom
Institusi : Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti Teknologi
MARA, 40450 Shah Alam Selangor
Tel/email : 0355442667 (p), 0196666647. drhasan@salam.uitm.edu.my
Abstract
This research is an attempt to obtain information on enlarging of the concept of mualaf in the Malaysian zakat context. Efforts to enlarge the concept does not deviate from the concept of upholding “maqasid syariyyah” which is the catalyst factor in the context of Islamic Dakwah for the welfare of Muslims and as rahmah to all mankind. There are Three main findings from this study. Firstly identify the existence of two interpretations regarding mualaf whereby the first refers to those who have just converted to Islam and second it encompasses also those who have not yet embraced Islam. Furthermore the availability of edicts (fatwa) on the mualaf concept that refers to the mentioned interpretations is found, but the edicts are not yet gazetted. Secondly, the enlargement of the mualaf concept to include non-Muslims have been implemented by a few zakat collection centres, eg. Wilayah Persekutuan. Thirdly a majority of respondents interviewed agree that the asnaf mualaf concept should be enlarged so as to mean not only those who have just converted to Islam but also those not yet converted.. Therefore it is also recommended that provisions of enactments in states should widen the concept of asnaf mualaf to include people who have not converted and hopefully will convert.
_______________________________________________________________________________
Pengagihan Zakat Produktif Mengikut Pendekatan Maqasid Syari’ah Dan Konsep Csr: Suatu Cadangan
Muhammad Yasir Yusuf
Mahasiswa Doktoral University Sains Malaysia,
Center for Islamic Development Management (ISDEV), 11800 Minden, Pulau Pinang
Dosen Fakultas Syari’ah IAIN Ar Raniry, Jurusan Ekonomi Islam
E-mel: m.yasiryusuf@gmail.com atau yasir_yusuf@yahoo.com
Telp: +60-103986425 / +60-134292056
Abstrak
Kertas kerja merupakan kajian empirikal terhadap pengagihan zakat pada Baitul Mal Aceh. Kajian ini bertujuan untuk melahirkan sebuah konsep pengagihan dana zakat secara produktif bagi memberikan kesan yang lebih baik bagi penerima zakat. Adapun permasalahan kajian ini adalah bagaimanakah konsep pengagihan zakat yang sepatutnya dilaksanakan oleh institusi zakat yang mampu memperkasakan masyarakat miskin. Kajian ini menggunakan dua kaedah. Pertama: kaedah pemerhatian terhadap pola pengagihan zakat yang dilakukan oleh Baitul Mal Aceh. Kedua: kaedah kepustakaan untuk melihat bentuk pengagihan zakat yang memberi kesan lebih baik mengikut pendekatan maqasid syari’ah dan konsep CSR. Hasil kajian mendapati, pertama; pembiayaan mikro melalui zakat produktif yang dijalankan oleh Baitul Mal Aceh menjadi salah satu model yang efektif dan alternatif bagi memperkasakan masyarakat miskin. Kedua; Pendekatan maqasid syari’ah dan konsep CSR dapat dijadikan satu konsep bagi pengelola zakat (amil zakat) dalam mengagihkan dana zakat secara produkif. Pendekatan tersebut juga memberikan jalan keluar bagi pengelola zakat untuk memilih kumpulan-kumpulan penerima zakat yang menjadi keutamaan guna mendapatkan peruntukan dana zakat bagi membebaskan mustahik zakat dari kemiskinan.
Kata Kunci : Zakat, Maqasid Syari’ah dan CSR
_________________________________________________________________________________________
Peranan Zakat Dalam Penyelesaian Hutang Peserta Program Pembiayaan Kredit Mikro Amanah Ikhtiar Malaysia
Raziah Binti Md Tahir
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
E-mel:raziah@uum.edu.my Tel: 019-5584535
Tahap Pengajian: Doktor Falsafah
Abstrak
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menawarkan pembiayaan kredit mikro kepada wanita miskin sebagai modal perniagaan bagi meningkatkan pendapatan isirumah. Bayaran balik pembiayaan tersebut dilakukan secara ansuran mingguan. Namun, ada segelintir peserta AIM tidak mampu membayar balik hutang pembiayaan tersebut mengikut tempoh yang dipilih atas alasan tertentu. Persoalan pertama, apakah faktor yang menyebabkan sebilangan peserta AIM tidak dapat menjelaskan hutang mereka mengikut tempoh yang dipilih? Menurut perspektif Islam, golongan fakir miskin dan orang yang berhutang adalah termasuk dalam asnaf yang berhak menerima zakat. Persoalan kedua, bolehkah zakat diberikan kepada peserta AIM untuk tujuan melangsaikan hutang yang tidak mampu dibayar? Kertas kerja ini bertujuan meneliti dua perkara utama. Pertama, meneliti faktor-faktor yang menyebabkan masalah bayaran balik pinjaman dalam kalangan peserta AIM. Kedua, meneliti peranan zakat dalam menyelesaikan isu berkaitan masalah bayaran balik pembiayaan kredit mikro tersebut. Untuk ini analisis kandungan berdasarkan data sekunder dan data primer dijadikan kaedah utama. Data sekunder diperolehi daripada jurnal AIM, brosur AIM, laman portal AIM, dokumen AIM dan sorotan karya berkaitan pembiayaan kredit mikro, zakat dan hutang. Manakala data primer diperolehi daripada temubual bersama pihak pengurusan AIM. Hasil kajian mencadangkan zakat diberikan kepada peserta AIM untuk menyelesaikan baki hutang yang tidak mampu dibayar agar pembiayaan kredit mikro seterusnya kepada golongan miskin yang memerlukan dapat berjalan lancar.
Kata kunci : Zakat, Hutang, Kredit Mikro, Amanah Ikhtiar Malaysia.
__________________________________________________________________________________________
Poverty Success Story: Sharing The Experience Of Ex-Zakat Recipients In Malaysia
Patmawati Ibrahim[1]
Norizah bte Mohamed @ Hj Daud[2]
izah_sept@yahoo.com.my
Abstract
Poverty is one of the socio-economic problems which obtain great attention in Malaysia economic development agenda. There are various poverty eradication agencies in Malaysia. Zakat institution has also taking role as one of the poverty eradication agencies in Malaysia; specifically meant for the Muslim. Various forms of grants have been channelled by zakat institutions in Malaysia to the poor people in order to bring them out of poverty. Although not all that got help have succeeded and freed themselves from poverty, there are some who have succeeded with the help of zakat fund. Exploring primary data based on interviews carried out with the respondents from all of the 14 states in Malaysia, this paper attempts to highlight and share the experiences of ex-zakat recipients who had received zakat assistance in the form of capital for them to start a business. These respondents are successful entrepreneurs who are already out of poverty, being independent from zakat assistance, and now have become zakat payer. This paper starts with identifying the motivating factors to their changes for the betterment in their life. Next, the paper explains the types of assistance that are much needed and important for the change. The paper further discusses the problems faced by the poor in their effort to free themselves from poverty. Major factors on why the poor remain to be poor despite of various assistance offers by the zakat institutions are also discussed in this paper. This article further explains the right attitude that the entire zakat recipients should possess in order to ensure their effort to be successful. This article is concluded with some proposals to the poverty eradication agencies so as to provide more effective service to the poor. Several advices to the poor are given at the end of the paper, on which if strongly adhered to will insyaallah bring them out of poverty.
Keywords: poverty, zakat, economic development, Islamic economics, Malaysia
[1] Senior Lecturer at the Shariah and Economics Department, Academy of Islamic studies, University of Malaya
[2] Candidate Masters of Shariah Programme, Shariah and Economics Department, Academy of Islamic studies, University of Malaya
_________________________________________________________________________________________
Keperluan Asas Berdasarkan Maqosid al-Syariah: Kearah Pencapaian Matlamat dan Penilaian Komprehensif Agihan Zakat[1]
Rosbi Abd Rahman[2],
Prof Madya Dr.Sanep Ahmad[3]
Abstrak
Keperluan asas untuk kebajikan manusia bukan sahaja daripada aspek kebendaan seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal tetapi meliputi aspek kerohanian dan sosial sebagaimana digariskan oleh maqosid al-syariah. Kajian ini cuba meneliti bagaimana tuntutan dalam maqosid al-syariah dapat diterapkan kedalam objektif agihan zakat dan seterusnya merangka kaedah penilaian yang komprehensif untuk menilai keberkesanan agihan zakat. Kajian akan diberpandukan kepada analisis maqosid al-syariah yang dipadankan dengan teori Maslow. Keputusan kajian mendapati bantuan zakat memang perlu meliputi kesemua aspek keperluan untuk kebajikan kehidupan meliputi kebendaan (harta), agama (maruah dan kebebasan), nyawa (kesihatan dan keselamatan), aqal (pendidikan), keturunan (sosial dan persekitaran tenteram). Penilaian komprehensif pula menunjukkan agihan zakat tidak mengalami kegagalan dalam semua aspek yang dinilai sebaliknya menunjukkan kejayaan dalam beberapa aspek tertentu. Ini bermakna program agihan zakat walaupun gagal meningkatkan taraf pendapatan asnaf tetapi tetap dapat memberi kesan positif keatas aspek kehidupan yang lain.
Kata kunci: agihan zakat, keperluan asas, matlamat komprehensif, maqosid al-syariah
[1] Ketas kerja dibentangkan dalam The 4th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC 10 ), Transforming Subsistence To Productive Zakat anjuran Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM) pada 21-22 December 2010 di University Conference Hall, Universiti Sains Malaysia, Penang.
[2] Pelajar PhD, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, 43600 UKM Bangi.
[3] Prof Madya, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, 43600 UKM Bangi.
__________________________________________________________________________________________
Kesan Perundangan Zakat Keatas Kepatuhan Bayaran Zakat: Kearah Strategi Berkesan Program Pengurusan Kutipan Zakat[1]
Zulkifli Daud[2]
Sanep Ahmad[3]
(nep@ukm.my)
Abstrak
Pewartaan wajib zakat dikatakan akan dapat meningkatkan kepatuhan zakat kerana individu yang tidak membayar zakat akan dikenakan tindakan hukuman pengelakkan zakat. Namun fakta ini tidak dapat dipastikan kebenarannya kerana mungkin terdapat faktor lain yang lebih utama mempengaruhi kepatuhan zakat berbanding faktor perundangan. Sehubungan itu kajian ini bertujuan meneliti kesan pewartaan perundangan wajib zakat keatas kepatuhan bayaran zakat serta mengenalpasti apakah faktor lain yang mungkin lebih penting mempengaruhi kepatuhan berbanding perundangan zakat. Kajian dilakukan keatas masyarakat Acheh berdasarkan sampel sebanyak 417 individu dan data dianalisis menggunakan model Logit. Keputusan kajian mendapati bahawa pewartaan wajib zakat tidak signifiken mempengaruhi kepatuhan bayaran zakat kepada institusi formal pungutan zakat. Oleh itu penguatkuasaan perundangan zakat bukanlah satu strategi yang berkesan meningkatkan tahap kepatuhan. Keadaan ini berlaku kerana masyarakat Islam sememangnya telah maklum akan kewajipan zakat dan telah membayar zakat tetapi direkodkan sebagai tidak membayar zakat kerana membayar terus kepada asnaf. Sebaliknya faktor kefahaman (pendidikan) dan persekitaran (pengaruh masyarakat) didapati signifiken mempangaruhi kepatuhan zakat. Implikasi penting kajian ialah program pendidikan dan kefahaman tentang wajib zakat serta strategi pembudayaan zakat dikalangan masyarakat perlu diberi lebih perhatian sebagai strategi bagi meningkatkan kadar kepatuhan zakat.
Kata kunci: Perundangan zakat, pewartaan zakat, kepatuhan zakat, pembudayaan zakat dan kefahaman zakat.
[1] Kertas kerja dibentangkan pada The 4th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC 10)
[2] Pegawai Badan Kepegawaian,Pendidikan dan Pelatihan Provinsi Aceh dan Pelajar Ph.D, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, 43600 UKM, Bangi, Selangor.
[3] Profesor Madya, Pensyarah, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, 43600 UKM, Bangi, Selangor.
_______________________________________
Skim Bantuan Zakat Asnaf Fakir dan Miskin Dari Sudut Pembangunan Insan di Lembaga Zakat Selangor
Emie Sylviana binti Mohd Zahid
Pensyarah Pendidikan Islam
Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU)
Universiti Teknologi MARA, Johor, Malaysia
Email : emies692@johor.uitm.edu.my
Tel. No :0134561779
Abstrak
Skim bantuan zakat merupakan bentuk program agihan dan bantuan zakat yang disediakan oleh institusi zakat kepada penerima zakat. Skim tersebut mempunyai pelbagai jenis, ia bukan sahaja dalam bentuk material (kebendaan) tetapi juga dalam bentuk non material (kerohanian) untuk asnaf itu sendiri agar kekuatan diri dan mentaliti mereka ini mampu mengubah diri yang bergenerasi dalam meneruskan kelangsungan hidup. Bantuan yang diberikan kepada mereka bergantung kepada keperluan berdasarkan siasatan yang dilakukan oleh institusi zakat terhadap keperluan asnaf dari masa ke semasa. Secara umum, pengagihan zakat dibahagikan kepada enam kategori utama yang dilihat dari pelbagai aspek sosio-ekonomi masyarakat iaitu bantuan penggunaan semasa untuk makanan dan sara hidup, bantuan perubatan, bantuan pendidikan, bantuan keusahawanan, bantuan keagamaan dan bantuan kecemasan. Sehubungan itu, penulisan ini telah menganalisa sejauhmana perkembangan skim bantuan zakat ke atas asnaf fakir dan miskin dari sudut pembangunan insan di Lembaga Zakat Selangor dari masa ke semasa. Penulisan ini menggunakan metode penyelidikan kepustakaan dan metode analisa data bagi mencapai objektif tersebut. Hasil penulisan ini mendapati bahawa perkembangan skim bantuan zakat asnaf fakir dan miskin di negeri Selangor dari sudut pembangunan insan adalah mengikut kepada tujuan pensyariatan. Namun demikian, Lembaga Zakat Selangor perlu sentiasa memikir dan menambah baikkan lagi program dan skim bantuan zakat yang sedia ada agar sentiasa memenuhi keperluan dan releven dengan keperluan semasa masyarakat.
Kata kunci: Skim Bantuan Zakat, Asnaf Fakir, Asnaf Miskin, Pembangunan Insan, Lembaga Zakat Selangor
________________________________________________________________________________________
GELAGAT KEPATUHAN ZAKAT PERNIAGAAN: APAKAH PENENTUNYA?
Ram Al Jaffri Saad
Kolej Perniagaan
Universiti Utara Malaysia
Emel: ram@uum.edu.my
Abstrak
Sambutan peniaga terhadap pembayaran zakat perniagaan kepada institusi zakat agak mendukacitakan walaupun setiap negeri mempunyai peraturan berkaitan zakat. Literatur dalam bidang zakat sebelum ini kurang menjelaskan fenomena gelagat kepatuhan zakat perniagaan yang rendah. Kajian ini menyiasat fenomena ini dengan mengkaji peranan faktor dalam peniaga seperti pengetahuan, keberkesanan-kendiri dan faktor luaran seperti kualiti perkhidmatan dan interaksi amil dengan peniaga terhadap gelagat pembayaran zakat perniagaan. Data diperoleh daripada peniaga sekitar negeri Kedah melalui soal selidik yang dikirim melalui pos. Dapatan kajian ini menyediakan asas kepada penyelidik-penyelidik dalam bidang gelagat kepatuhan amnya dan bidang zakat khususnya, dalam melihat faktor-faktor yang berkait dengan gelagat kepatuhan. Kajian ini juga menunjukkan bahawa strategi pejabat zakat bagi meningkatkan kutipan zakat perniagaan pada masa akan datang perlu ditumpukan kepada peningkatan pengetahuan dan keyakinan peniaga serta meningkatkan kualiti perkhidmatan di institusi zakat
Kata kunci: gelagat kepatuhan, zakat perniagaan, pengetahuan, keberkesanan kendiri, kualiti perkhidmatan
_________________________________________________________________________________________
STRATEGIC MANAGEMENT OF ZAKAH, INFAQ AND SADAQAH FOR MUSTAHIQ MICRO ENTREPRENEURS: A CASE STUDY OF IKHTIAR PROGRAM IN INDONESIA
Rahmat Pramulya*1
Asmawati*2
E-Mail address :
rahmat.pramulya@gmail.com
Abstract
Zakah, infaq and sadaqah occupy a central position in the islamic economy that have significant implications for human welfare. Use of these institutions of islamic charity for poverty alleviation however, involves some major challenges arising out of differences in shariah rules governing their management. This is the focus of the present paper that is based on a case study of Ikhtiar Program in Bogor region of Indonesia. The Program uses an “additive” approach by involving multiple institutions – Organization Pengelola Zakat and Baytul Maal Bogor to mobilize and distribute amanah funds (zakah) and non-amanah funds (infaq, sadaqah and other forms of donations and grants) respectively for the economic empowerment of communities through the provision of Shariah-compliant microfinance services. Program Ikhtiar also involves other organizations, such as, Peramu Foundation as the empowerment organization and Baytul Ikhtiar as the cooperative organization. The strategic role of each institution is uniquely different, but is influenced by the expectation and perception of the beneficiaries of the Program. The present study undertakes an investigation into factors – internal and external – that are key determinants of an overall strategy of poverty alleviation through microenterprise development. Results based on Importance Performance (IPA) Matrix Analysis shows that provision of financial services along with skill-development of poor women is expected to enhance the probability of success and achieving desired outcomes. Other components of a successful strategy are: (i) enhance cooperation between the BAZ/LAZ for community empowerment; (ii) create a sustainable innovation-based Shariah-compliant microfinance; (iii) create a Management Information System for the Peramu Community with a knowledge management approach; and (iv) establish and manage a Center for Community Empowerment. The study also highlights specific strategic responses on the part of the Muzakki, Amil Zakat and Mustahiq for the program to be successful.
Keywords : Zakah, Strategic Management, IPA Matrix Analysis.
*1=Lecturer, Islamic Colleage of Teungku Dirundeng, Meulaboh
*2=PhD Student, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia
Department of Muamalah
Faculty of Syari’ah
Islamic Colleage of Teungku Dirundeng Meulaboh
(Sekolah Tinggi Agama Islam Teungku Dirundeng Meulaboh)
_________________________________________________________________________________________
ZAKAT TRANSFORMATION: FROM SUBSISTENCE TO PRODUCTIVE ZAKAT
OLADAPO, HAKEEM BABATUNDE
oladapofirst@yahoo.com
Abstract
This paper attempts to explore the transformation of zakat resources from temporary sustenance to productive purposes. The research is fully based on qualitative technique. It result shows that through efficient transformation, zakat proceeds can effectively improve or uplift the standard of living of the recipient quiet substantially. The paper therefore, suggests that before disbursement of zakat amount to the relatively poor category of asnaf, they should be provided with vocational training especially in the area of entrepreneurial ability and business management. This will pose confidence in them and enhance their capability as well as ensuring viability and sustainability of micro business of their own. Thus this approach will enhance their standard of living, articipation in societal programmes, better economic status, marginal utility of income and meaningful contribution to economic growth and development.
___________________________________________________________________________________________
ISSUES IN ZAKAH MANAGEMENT: THE CASE IN MALAYSIA
Nor Azzah Kamri 1
Nor Aini Ali 2
1 Senior Lecturer, Department of Shariah and Management, Academy of Islamic Studies,
University of Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.
2 Lecturer, Department of Shariah and Economics, Academy of Islamic Studies,
University of Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.
Abstract
Zakah management in Malaysia has evolved through globalization era. The zakah which had been traditionally managed, now is moving towards professionalism. From the aspect of responsible institution that administers zakah, there is a transition from the State Islamic Religious Council into corporate bodies. While from the aspect of zakah collection, the types of wealth involved with zakah are diversified. As similar to that, the mechanism of zakah collection is also upgraded using current technology facilities for the convenience of zakah payers. From the aspect of zakah distribution, the eight groups of asnaf are given redefinition to suit the current situation. The form of zakah distribution is also varied from solely consumption allocation into capital allocation. All these issues are to be discussed in this article. The finding of this research finds that professional zakah management effects total zakah collection and effectiveness of zakah distribution. Nevertheless, zakah institutions should react more proactively and with integrity in managing zakah collection and distribution. Thus, the objective of zakah in establishing economic balance will be achieved.
_________________________________________________________________________________________
PENGARUH FAKTOR KEAGAMAAN TERHADAP KUALITI HIDUP INDIVIDU : KAJIAN KES ANAF FAKIR DAN MISKIN
Sanep Ahmad
Hairunnizam Wahid
Pusat pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor
Phone: 603-8921 5577/3453; Faks: 603-8921 5789;
E-mail: nep@ukm.my; hairun@ukm.my
Radiah Abdul Kader
Jabatan Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran
Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur
Phone: 603-7967 3654; Faks: 603-7956 7252; E-mail: radiah@um.edu.my
Abstrak
Faktor keagamaan adalah penting kerana ia memberi kesan kepada kesihatan mental, mengubah sikap individu ke arah kehidupan yang positif yang akhirnya memberi kesan keatas keadaan ekonomi dan gaya hidup individu. Selain itu dikatakan juga bahawa kehidupan beragama dapat menjamin keadaan hidup yang bahagia. Lantaran itu program keagamaan yang diterapkan oleh institusi zakat adalah bertujuan meningkatkan kefahaman ajaran Islam yang akhirnya diharap dapat mengubah nasib asnaf dalam aspek ekonomi dan keadaan hidup mereka. Namun, adakah benar terdapat hubungan positif antara kualiti agama dan kualiti hidup golongan asnaf. Kajian ini cuba menguji kewujudan hubungan antara faktor keagamaan dan kualiti hidup individu asnaf. Kajian ini akan membina pembolehubah indeks keagamaan berasaskan tiga komponen utama iaitu perbuatan individu yang berkaitan hukum wajib, haram dan sunah dalam akidah, syariah dan akhlak dan seterusnya menguji hubungannya dengan beberapa pembolehubah demografi dan kualiti hidup manusia berasaskan laporan Unit Perancang Ekonomi (2002). Sampel kajian ini ialah golongan fakir dan miskin yang menerima bantuan kewangan zakat secara bulanan dan dianalisis menggunakan model logistik. Dapatan kajian menunjukkan faktor keagamaan umumnya adalah signifikan mempengaruhi tingkat kualiti hidup asnaf. Beberapa cadangan juga dikemukakan tentang kaedah pengagihan zakat di masa hadapan untuk tujuan meningkatkan lagi kualiti hidup asnaf..
Kata Kunci: Indeks keagamaan, kualiti hidup, asnaf fakir dan miskin
________________________________________________________________________________________
UKUM TRANSFORMASI AGIHAN ZAKAT: ISU PELABURAN WANG ZAKAT
Azman bin Ab Rahman
Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang,
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
azmanusim@yahoo.com
Abstrak
Pelaburan merupakan salah satu instrumen dalam mengembang dan melipatgandakan sumber harta yang dimiliki oleh seseorang individu dan organisasi. Islam sebagai agama yang syumul sentiasa mengalakkan umatnya melakukan aktiviti pelaburan bagi meningkatkan hasil pendapatan dan seterusnya membantu ke arah kemajuan ekonomi negara. Dalam perkara yang berkaitan dengan pelaburan ini, sudah pasti perkara utama yang dilihat adalah dari segi modal atau dana yang akan digunakan untuk menjalankan sesuatu perniagaaan. Namun, apabila berbincang tentang isu pelaburan yang melibatkan dana zakat, pelbagai tanggapan dan dakwaan akan timbul di kalangan masyarakat terutama hukumnya dari segi syarak. Di samping itu terdapat isu-isu lain yang timbul, seperti isu dakwaan pusat zakat atau baitulmal tidak mengagihkan wang zakat keseluruhannya kepada golongan asnaf, isu lebihan wang zakat dan isu kelewatan agihan sekiranya harta zakat dilaburkan. Pada dasarnya sekiranya aktiviti pelaburan menggunakan dana zakat ini dapat dilaksanakan, ia merupakan salah satu transformasi agihan zakat daripada zakat sara diri kepada zakat produktif. Namun transformasi ini perlu dikaji dan diteliti sebaik mungkin dalam menentukan kaedah dan mekanisma yang akan digunakan agar ia memberi manfaat dan faedah kepada golongan asnaf. Justeru, artikel ini akan cuba mengetengahkan pandangan para ulama dulu dan kini berkenaan dengan isu pelaburan wang zakat menurut perspektif fiqh dari segi konsep pelaburan wang zakat dan bentuknya serta fatwa-fatwa yang berkaitan dengannya. Penulis juga akan mengenalpasti garis panduan dan syarat yang perlu diikuti oleh pusat-pusat zakat sekiranya ingin melaburkan wang zakat. Di akhir artikel ini, penulis akan membincangkan transformasi pelaburan wang zakat daripada zakat sara diri kepada zakat produktif dan bentuk-bentuk transfomasi yang boleh digunakan oleh pusat zakat atau baitulmal. Diharapkan artikel ini dapat memberikan gambaran dan kedudukan sebenar mengenai isu pelaburan wang zakat kepada pihak-pihak tertentu dan menjadi panduan kepada pusat-pusat zakat pada masa akan datang dalam mempertingkatkan sistem agihan zakat di Malaysia.
_______________________________________________________________________________________
COMPARATIVE ANALYSIS OF BUSINESS ZAKAT ASSESSMENT
Rohila bt Awang
Department of Accounting & Finance,
Faculty of Management & Economics
Universiti Malaysia Terengganu
hamizah@umt.edu.my
Abstract
The primary objective of this paper is business zakat assessment by companies. The aim is to compare the use of current values as appossed to historical cost in zakat valuation. Proponents of current value accounting foresees that several problems might occur if computation of zakat is based on the historical cost financial statement. It is supported by previous study which conclude that the use of historical cost data may lead to negative wealth transfer from the rich to the poor. Furthermore, in contemporary financial accounting practice, the valuation of inventories as well as the problem of valuation of receivables need to be reconciled between zakat rules and the generally accepted accounting principles by which balance sheets conform to Aglo-American accounting conventions. It is hoped that the results of the comparison could lead to a better and fair business zakat assessment to all parties concerned.
Profesor Madya, Pusat Pengajian Ekonomi, Universiti Kebangsaan Maaysia, 43600 Bangi.
Pelajar PhD, Graduate School of Business (GSB), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi.
_______________________________________________________________________________________
KAEDAH PENAKSIRAN ZAKAT PERNIAGAAN JAKIM DAN AAOIFI:
IMPLIKASI HUTANG ENTITI KORPORAT
Sanep Ahmad
Ahmad Othman
Abstrak
Pada masa kini terdapat dua panduan penaksiran zakat di Malaysia. Panduan Zakat oleh JAKIM telah digunakan oleh pusat zakat negeri-negeri dan orang awam. Manakala AAOIFI telah memperkenalkan standardnya sendiri untuk kegunaan institusi kewangan Islam khususnya bank Islam. Namun begitu terdapat isu perbezaan layanan perakaunan berkaitan hutang di antara kaedah-kaedah tersebut yang didakwa tidak konsisten dan memberi kesan yang berbeza kepada nilai taksiran zakat perniagaan. Isu perakaunan hutang merupakan isu yang amat ketara kesannya ke atas nilai zakat. Oleh itu persoalan berkaitan hutang perlukan pertimbangan semula dalam usaha memantapkan kaedah taksiran zakat perniagaan. Sehubungan itu tujuan kertas kajian ini adalah menganalisa isu tersebut dalam taksiran zakat perniagaan bagi menghasilkan kaedah perakaunan zakat yang konsisten, adil dan seragam. Kajian mendapati beberapa jenis hutang tidak dilayan secara konsisten dalam kaedah-kaedah perakaunan zakat institusi-institusi tersebut. Kesannya wujud pengenaan zakat dua kali atas aset yang sama dan berlakunya aset kena zakat terlepas daripada kenaan zakat. Oleh itu sewajarnya kaedah perakaunan perniagaan diselaraskan agar tidak memberi implikasi kepada pembayar zakat dan hasil zakat bagi pusat zakat. Implikasi penting dapatan kajian ini ialah dasar penaksiran zakat bagi kedua-dua institusi tersebut perlu konsisten dan diselaraskan bagi menghasilkan penaksiran zakat perniagaan yang mantap dan adil bagi semua pihak.
Kata Kunci: Perakaunan zakat, taksiran zakat perniagaan, hutang kewangan, hutang barang, hutang kewangan dengan cagaran.
_________________________________________________________________________________________
MEMPERKASAKAN ZAKAT: DARI PENGUMPULAN TERUS KE PENGAGIHAN
Mutiara Dwi Sari1
Muchtar Ahmad2
1Bahagian Ekonomi, Pejabat Pegawai Daerah Kabupaten Kampar,
Propinsi Riau, Indonesia
2Universitas Riau dan Riau Institution Indonesia
Abstrak
Makalah ini membentangkan pelbagai pembaharuan dan idea baru dalam mengimplementasikan zakat mulai daripada tahapan pengumpulan hingga ke pengagihan kepada asnaf. Indonesia sebagai negara dengan penduduk muslim lebih 200 juta mempunyai potensi besar dalam pengumpulan dan pengagihan zakat. Jika ia dikelola dengan baik tentulah akan memberi kesan kepada kesejahteraan umat. Di Indonesia terdapat lima macam bentuk pengumpulan dan pengagihan zakat, iaitu: melalui inisiatif persendirian, institusi yang dibentuk kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pengurus masjid dan institusi/badan pendidikan Islam (pesantren). Para muzakki atas inisiatif sendiri membayar dan membahagikan zakatnya kepada asnaf atas dasar kesedaran sendiri akan tetapi masih tetap dalam ketentuan fiqih. Badan amal zakat infaq dan shodaqoh (BAZIS) yang dibentuk kerajaan dan organisasi Islam, telah mengumpulkan zakat dari ahli-ahli dan pengusaha mereka yang disebut wajib zakat, kemudian terus membahagikannya kepada asnaf di kumpulan berkenaan. Beberapa daerah/negeri (propinsi dan kabupaten) telah cuba untuk melegitimasikan atau menguatkuasakan BAZIS secara rasmi. Manakala, badan bukan kerajaan seperti Dompet Dhu’afa dan Rumah Zakat melakukan pengumpulan, pengagihan dan menggunakan zakat tersebut secara dinamik bergerak dari tingkat sekadar jalan (subsistence) kepada aktiviti yang lebih produktif melalui pengembangan usahawan dari dhu’afa dan badan kebajikan sosial. Dalam keadaan ini, mereka telah menjalankan idea baru dan melakukan beberapa inovasi dalam mengagihkan atau mendistribusikan zakat tersebut. Keadaan ini memperlihatkan bahawa pengurusan zakat ini telah semakin bertambah baik berbanding dengan yang dilakukan sebelum ini. Keadaan ini telah memberikan pengaruh kepada asnaf dan ianya lebih dapat dipertanggungjawabkan berbanding dengan sistem lain. Pengumpulan zakat oleh masjid dan pertubuhan pendidikan Islam swasta pula dilakukan melalui jawatankuasa tertentu yang seterusnya mengagihkan hasil pengumpulannya kepada asnaf seperti jama’ah masjid, pelajar, dan jiran di sekitar badan itu. Dalam pelaksanaannya, semua cara yang digunakan tetap mematuhi ketentuan fiqh. Sayangnya kesemua badan ini terkesan berjalan sendiri-sendiri dan kurangnya kerjasama di antara mereka. Pada hal dengan menjalin kerjasama di antara pelbagai badan dan organisasi zakat ini, pencapaian zakat dapat lebih baik dalam melayani asnaf (terutama dhuafa). Upaya perlu dilakukan untuk mencapai ke arah pemerkasaan zakat melalui kerjasama di antara pelbagai badan sedia ada tersebut.
Keywords: Inovasi zakat, organisasi, pengurusan, pengelolaan, pertanggunganjawaban.
_________________________________________________________________________________________
KESAN PERUNDANGAN ZAKAT KEATAS KEPATUHAN BAYARAN ZAKAT: KEARAH STRATEGI BERKESAN PROGRAM PENGURUSAN KUTIPAN ZAKAT
Zulkifli Daud
Email : zulkiflidaud@ymail.com
Sanep Ahmad
Email : nep@ukm.my
Abstrak
Pewartaan wajib zakat dikatakan akan dapat meningkatkan kepatuhan zakat kerana individu yang tidak membayar zakat akan dikenakan tindakan hukuman pengelakkan zakat. Namun fakta ini tidak dapat dipastikan kebenarannya kerana mungkin terdapat faktor lain yang lebih utama mempengaruhi kepatuhan zakat berbanding faktor perundangan. Sehubungan itu kajian ini bertujuan meneliti kesan pewartaan perundangan wajib zakat keatas kepatuhan bayaran zakat serta mengenalpasti apakah faktor lain yang mungkin lebih penting mempengaruhi kepatuhan berbanding perundangan zakat. Kajian dilakukan keatas masyarakat Acheh berdasarkan sampel sebanyak 417 individu dan data dianalisis menggunakan model Logit. Keputusan kajian mendapati bahawa pewartaan wajib zakat tidak signifiken mempengaruhi kepatuhan bayaran zakat kepada institusi formal pungutan zakat. Oleh itu penguatkuasaan perundangan zakat bukanlah satu strategi yang berkesan meningkatkan tahap kepatuhan. Keadaan ini berlaku kerana masyarakat Islam sememangnya telah maklum akan kewajipan zakat dan telah membayar zakat tetapi direkodkan sebagai tidak membayar zakat kerana membayar terus kepada asnaf. Sebaliknya faktor kefahaman (pendidikan) dan persekitaran (pengaruh masyarakat) didapati signifiken mempangaruhi kepatuhan zakat. Implikasi penting kajian ialah program pendidikan dan kefahaman tentang wajib zakat serta strategi pembudayaan zakat dikalangan masyarakat perlu diberi lebih perhatian sebagai strategi bagi meningkatkan kadar kepatuhan zakat.
5 Pegawai Badan Kepegawaian,Pendidikan dan Pelatihan Provinsi Aceh dan Pelajar Ph.D, Fakulti Ekonomi dan
Perniagaan, 43600 UKM, Bangi, Selangor.
6 Profesor Madya, Pensyarah, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, 43600 UKM, Bangi, Selangor.
_________________________________________________________________________________________
POVERTY MEASUREMENT IN MALAYSIAN ZAKAT INSTITUTIONS : MONETARY AND NON-MONETARY INDICATORS
Mohamed Saladin Abdul Rasool1,
Ariffin Mohd Salleh2
Mohd Fauzi Mohd Harun3
1 Faculty of Business Management, UiTM Melaka Branch
2 Faculty of Business Management, UiTM Melaka Branch
3 Faculty of Business Management, UiTM Perak Branch
saladin@melaka.uitm.edu.my
Abstract
One element of effectiveness of zakat funds is viewed from the perspective of eradicating poverty. Zakat institutions are judged by their ability to address the issue of poverty. The Muslim society is interested to see how many poor families and individuals are elevated from poor to being able to live a decent life or even to a situation where they are able to pay zakat to other poor individuals. However, evidence on this aspect is lacking. Studies have revealed that among the reasons for this is the weakness of identifying the poor. In other words, the poverty measurements used in the past that emphasized on income and other monetary indicators were unable to capture a holistic poverty group.
The objective of this paper is to present a theoretical framework of an Islamic Poverty Index (IPI) which consists of monetary and non-monetary indicators comprising of maqasid-al sharia (human needs) elements, namely religion, knowledge, physical-self, offspring and wealth. Outlining the five elements of maqasid al-sharia, the IPI is envisaged to reflect the multi- dimensional phenomenon of poverty in a more holistic way. Furthermore, the IPI is envisaged to reflect the multi- dimensional phenomenon of poverty in a more holistic way and is expected to have an impact to the zakat organizations as it gives a new perspective of measuring poverty. The dimensions in the IPI would be based on human needs (maqasid al-shariah) principles according to Islam as mentioned by JAWHAR (2007), Islamic Relief Worldwide (2008) and Rosbi and Sanep (2010)
________________________________________________________________________________________
ZAKAT THE KEY ENABLER TOWARD HIGH INCOME SOCIETY IN KNOWLEDGE BASED ECONOMY
Profesor Kamarulazizi Ibrahim Ph.D
(Board Member of As Sahabah Urus Zakat Sdn Bhd, Penang)
School of Physics
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang, Malaysia
Email : kamarul@usm.my
Abstract
Zakat is one of the pillars of Islam. Zakat means grow (in goodness) or ‘increase’, ‘purifying’ or ‘making pure’. So the act of giving zakat means purifying one’s wealth to gain Allah’s blessing to make it grow in goodness. One of the most important principles of Islam is that all things belong to God, and that wealth is therefore held by human beings in trust. The word zakat means both ‘purification’ and ‘growth’. Our possessions are purified by setting aside a proportion for those in need, and, like the pruning of plants, this cutting back balances and encourages new growth. Aknowledge-based economy is one that relies on information and intellectual power as opposed to labor and physical production. A knowledge-based economy is distinctive from a conventional economy in certain important parameters. The knowledge economy is an economy of excess; not of scarcity. Knowledge does not deplete through use; it only gets increased when it is applied. Knowledge is regarded as a tool in a knowledge-based economy. Knowledge resources like expertise are considered as critical as other economic resources like land, capital, and labor. The combination of knowledge and capital is adverted as ‘human capital’. Human capital is a productive asset and is a business product. Economic opportunity is as fundamental a right as life, liberty, and the pursuit of happiness. Creating a level playing field for all should be the main agenda rather than worrying about the growing income and wealth disparity. The paper will focus on the role of zakat in providing economic opportunity and explores how to create more of it, particularly for those on the bottom rungs of the economic ladder. The present economy tends to help those at the top stay there while making it difficult for those at the bottom to move up. Kids from families in the bottom 20 percent of the income distribution are nearly five times as likely to wind up in the bottom 20 percent as kids from families in the top 20 percent. We will lay out agenda aimed at improving education, encouraging work, and strengthening families. We argue that this opportunity-enhancing agenda is one that most people, regardless of political affiliation, race or religion can endorse.
________________________________________________________________________________________
ZAKAT ON BUSINESS COMPLIANCE IN MALAYSIA: A SURVEY OF LITERATURE
Mohd Rahim bin Khamis
Arifin bin Md. Salleh
Abd Samad bin Mat Nawi
Fakulti Pengurusan Perniagaan
Universiti Tekhologi Mara
40450 Shah Alam, Selangor
Email address:
mohdrahim.khamis@gmail.com.my, arila@melaka.uitm.edu.my, samad252@salam.uitm.edu.my
Phone number:
019-6699221 (Mohd Rahim), 019-6262696 (Arifin), 017-3863537 (Samad)
Fax number: 03-55444693 (attn: Samad)
Abstract
Based on Malaysian experience the percentage of zakat payers on zakat business is very low. They were a debate and aroused various perceptions in this subject. This paper is an attempt to explore the literature review relating to zakat compliance. In general, the study on this matter is new in Malaysia and a few studies had been conducted. The previous studies on zakat compliance used the approaches to study tax compliance. Most of studies focus in tax industry with explained by several factors influence the level of compliance. The Expanded Taxpayer Model becomes famous model to explain the compliance because it represents the factors of psychological, sociological and economics compared other models and this model is to overcome the weaknesses in the previous model. The recent modification of this model which identify cultural become one of the factor influence the tax compliance beside other factors such as attitude and perception, tax system/structure, non compliance opportunity and demographic variables. Some modification of the above model with includes religious variables by previous researchers to explain the determinants of zakat compliance in Malaysian business environment.
Keywords: Zakat on business, compliance, model.
________________________________________________________________________________________
ZAKAT AS A STATE INCOME IN REALIZING JUSTICE AND PROSPERITY BY STRENGTHENING OF BAITUL MAL [Case Study in the Baitul Mal Aceh]
Chairul Fahmi
Researcher at The Aceh Institute & Lecturer at
Islamic State Institute of Ar-Raniry,
Banda Aceh – Indonesia
E-mail: fahmiatjeh@hotmail.com
Abstract
The concept of zakat (charity) is reflected in two fundamentals. First, the zakat is the obligation to God. Therefore, this command as a form of confession to God that everything in this life is belong to Allah (QS.3: 180). The doctrine it contains instrumental values, the rights of property ownership on human nature is not absolute, but merely mandate from Allah to be utilized as possible for humanity. Allah says: “who spend their wealth in Allah, then Allah will reward him with paradise, beneath which rivers flow. But if he is a miser, the Wrath of Allah is very painful”. The second aspect is the recognition of humans is united. From these basic concepts, it has provided an awareness that the zakat is very close to the aspect of economic justice, so that zakat is not only oriented towards the common welfare, but also intended for riches and not monopolized by a handful of people or circulating in certain circles. Meanwhile, the zakat management in practices more oriented to the consumer. So that the poor are not able to develop sources of wealth from zakat to economic development is well established. Related to this problem, the comprehensive understanding is needed in related to the management of zakat. So far, the institution which organized zakat was conducted by Baitul Mal (charity house). Baitul Mal as a trusted organization for the allocation, utilization, and distribution of zakat funds, they do not give alms but they simply assist, provide guidance and training for the right charity fund actually used as working capital so that the recipients of zakat is to obtain a decent income and independent. Which Zakat is not merely consumptive. But also need to develop into productive potential. So that the poor people (mustahiq) can run or finance life consistently. With the poor alms fund will get a steady income, increase business, develop business and they can set aside income to save. Zakat funds for productive activities would be more optimal when carried out by the Baitul Mal.
________________________________________________________________________________________
PERANAN ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM: KAJIAN PELAKSANAAN ZAKAT DI UPM
Mohd Daud Bin Awang
Zuhaimi Bin Abd.Rahim
Amaludin Bin Ab. Rahman
Nuruliman Bin Ibrahim
Abstrak
Zakat merupakan salah suatu instrumen pembangunan ekonomi Islam secara amnya. Hal ini kerana pensyariatan zakat telah dijelaskan melalui dalil-dalil al-Quran dan as-Sunnah sebagai instrumen ketiga rukun Islam. Keyakinan umat Islam terhadap hukum Zakat memberkati kehidupan umatnya agar pihak yang ditaklifkan terus dapat menyumbang kepada elemen ekonomi ini. Positifnya kajian ini ialah ia berjaya menunjukkan betapa pentingnya zakat pendapatan dapat berperanan selain zakat-zakat yang sedia ada dalam sesebuah IPTA. Kajian yang bakal dijalankan ini menjurus kepada peningkatan zakat pendapatan staf Universiti Putra Malaysia (UPM) serta agihan semula yang dilaksanakan dalam IPTA serta menjana peningkatan kutipan zakat dalam kalangan masyarakat Islam di IPTA. Kajian ini bakal meninjau kepada usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Unit Pengurusan Zakat dan Kerohanian Seksyen Kebajikan Pelajar (UPZKSKP) sehingga berjaya meningkatkan jumlah pembayar zakat. Seterusnya kajian ini menjelaskan sistem pengagihan zakat tersebut yang menggunakan garis panduan yang telah dibangunkan serta memenuhi ISO. Pengurusan tersebut yang telus serta strategi yang dirancang berjaya meningkatkan kutipan zakat IPTA khususnya di UPM. Secara umumnya dapat dibuat kesimpulan bahawa peningkatan zakat akan berlaku apabila tahap kefahaman dan keyakinan umat Islam terhadap zakat dapat ditingkatkan.
_______________________________________________________________________________________
PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ZAKAT DI ACEH:SATU KAJIAN AWAL
Anwar
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang
Malaysia
Abstrak
Zakat merupakan salah satu aspek syariat Islam yang mempunyai hubungkait yang rapat dengan kehidupan manusia. Antaranya ialah untuk mengatasi masalah kemiskinan, menegakkan keadilan, membina kesejahteraan, kesihatan dan masalah-masalah sosial lainnya. Berkaitan dengan badan zakat di Aceh yang telah ditubuhkan dan masih wujud sampai sekarang dengan nama Baitulmal. Tetapi sampai saat ini keberadaan Baitulmal, belum dapat mengurangkan kemiskinan di Aceh. Apakah penyebabnya kerana tidak kuatnya dasar hukum.
Oleh itu permasalahan yang ingin dikaji dalam penyelidikan ini adalah; Adakah pengaruh undang-undang zakat terhadap jumlah kutipan zakat. Dan apakah kekuatan dan kelemahan hukum undang-undang pentadbiran zakat. Ruangan kajian hanya akan dihadkan kepada Baitulmal di Aceh. Kajian ini juga hanya akan meneliti data-data yang bermula dari tahun 2006 sehingga 2009 dalam masa 4 tahun. Penulisan tesis ini diadakan penyelidikan lapangan (Field Research) dan penyelidikan kepustakaan (Library Research).
Berdasarkan U. U. No. 44/1999 tentang Keistimewaan Aceh dipadu dengan U. U. No. 18/2001 tentang Otonomi Khusus, maka lahirlah Qanun (PERDA) Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam No. 7/2004 tentang Pengelolaan Zakat. Pasca tsunami (2004) dan MoU Helsinki (2005), UU No. 18/2001 diganti dengan UU No. 11/2006 tentang Pemerintahan Aceh. Pasal 191 UU No. 11/2006, secara tegas mengamanatkan pembentukan Baitulmal (bukan Badan Baitulmal) yang diatur dengan Qanun dan berwenang mengelola zakat, harta wakaf dan harta agama. Maka Qanun No. 7/2004 tentang Pengelolaan Zakat diganti dengan Qanun No 10/2007 tentang Baitulmal. Sehingga lingkup kewenangan Baitulmal lebih luas dari ruang lingkup BAZDA.
Kekuatan Hukum Undang-Undang Pentadbiran Zakat di Aceh adalah adanya U. U. No. 44/1999, U. U. No. 11/2006, U. U. No. 48/2007 c/q PERPU No. 2/2007, Qanun No. 10/2007 dan adanya sanksi-sanksi hukum terhadap muzakki dan amil yang berbuat salah. Sedangkan Kelemahannya adalah Tidak adanya konsistensi antara pasal yang satu dengan pasal yang lain, tidak didukung oleh lembaga tertentu yang dapat memberikan advokasi hukum dan pengawasan. Susunan organisasi tidak sesuai dengan keperluan organisasi. Uji kelayakan calon-calon kepala dan wakil kepala Baitulmal lebih berat dari persyaratan seorang kepala Dinas. Susunan organisasi Baitulmal yang ditetapkan dalam Qanun dapat menimbulkan multi tafsir.
Perolehan zakat setiap tahun pada Baitulmal semakin meningkat. kemajuan yang dicapai ini, ada hubungannya dengan Undang-Undang Pentadbiran Zakat. Sehingga Baitulmal dapat menjalankan fungsinya dengan baik kerana sudah ada undang-undang yang berkuat kuasa. Walaupun masih terdapat kelemahan-kelemahannya. Jadi Undang-undang pentadbiran zakat di Aceh telah dapat memberi kesan kepada meningkatnya jumlah kutipan zakat setiap tahun.
Kata Kunci: Undang-Undang Zakat, Qanun, Baitulmal.
_______________________________________________________________________________________
ISU-ISU PERAKAUNAN ZAKAT TANAMAN DI MALAYSIA
Nor Aini Ali
Jabatan Syariah dan Ekonomi
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-79676018, Fax: 03-79676147
E-mail: aini@um.edu.my
Abstrak
Zakat tanaman merupakan salah satu daripada jenis harta yang diwajibkan zakat apabila memenuhi syarat-syarat yang telah ditentukan oleh syarak. Di Malaysia, hanya padi sahaja dikenakan zakat pertanian berdasarkan pandangan mazhab Syafi‘i yang mewajibkan zakat kepada . Manakala tanaman-tanaman lain seperti kelapa sawit, koko, getah dan buah-buahan tidak dikenakan zakat pertanian. Tetapi, dikenakan zakat perniagaan jika diniagakan dan memenuhi syarat yang telah ditentukan oleh syarak. Walaupun tanaman-tanaman lain diwajibkan zakat perniagaan jika cukup syarat-syaratnya, tetapi tidak ramai pekebun yang membayar zakat perniagaan. Berdasarkan amalan taksiran zakat padi di Malaysia yang diletakkan di bawah bidangkuasa negeri masing-masing, maka terdapat kaedah perakaunan zakat padi yang berbeza antara negeri-negeri. Justeru, kajian ini ingin meneliti amalan perakaunan zakat padi di Malaysia dengan terlebih dahulu mengkaji pandangan sarjana Islam berkaitan zakat tanaman dan seterusnya meneliti perakaunan zakat padi di Malaysia meliputi nisab, kadar zakat dan kaedah pengiraan zakat.
_________________________________________________________________________________________
KESESUAIAN MELOKALISASIKAN PENGAGIHAN ZAKAT DI MALAYSIA : SATU KAJIAN EMPIRIK[1]
Radiah Abdul Kader[2]
Jabatan Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran
Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur
Phone: 603-7967 3654; Faks: 603-7956 7252
E-mail: radiah@um.edu.my
Hairunnizam Wahid[3]
Sanep Ahmad[4]
Pusat pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor
Phone: 603-8921 3453/5577; Faks: 603-8921 5789;
E-mail: hairun@ukm.my; nep@ukm.my
Abstrak
Kajian ini bertujuan membuktikan secara empirik kesesuaian kaedah melokalisasikan zakat (localization of zakat) sebagai satu alternatif penyelesaian kepada permasalahan pengagihan zakat di Malaysia sebagaimana dicadangkan oleh Muhammad Syukri (2006). Kaedah lokalisasi melibatkan proses desentralisasi kuasa mengagih dan memungut zakat dan dilaksanakan oleh amil dan kakitangan institusi zakat di mukim tertentu kepada asnaf di mukim tersebut. Sejauh manakah cadangan ini dapat dilaksanakan adalah bergantung kepada persepsi asnaf sebagai penerima akhir perkhidmatan zakat (the end user) dan amil sebagai pelaksana perkhidmatan zakat (the implementer). Selain itu cadangan melokalisasi sebagai penyelesaian kepada masalah pengagihan zakat juga perlu dilihat kepada dimensi yang bersifat makro. Beberapa pemboleh ubah perlu diuji bagi menilai jangkaan keberkesanaan kaedah ini termasuklah kepercayaan kepada institusi zakat dan baitulmal (input), persepsi terhadap kaedah pengagihan zakat oleh institusi zakat (proses) dan keberkesanan pengagihan zakat kepada asnaf (output) serta perubahan sikap mereka untuk keluar daripada kemiskinan. Kaedah model persamaan berstruktur (SEM) digunakan kerana kesemua pemboleh ubah yang dikaji merupakan pemboleh ubah pendam (latent). Beberapa ujian akan dilakukan seperti CFI, NFI, dan RAMSEA bertujuan mengukur tahap kebagusan penyuaian (goodness of fit) model yang diuji. Hasil kajian mendapati kesemua pemboleh ubah adalah berhubungan secara signifikan antara satu sama lain bagi kes amil dan penerima zakat. Ini menunjukkan kaedah lokalisasi sesuai dilaksanakan kerana kedua-dua golongan pelaksana zakat tersebut berpersepsi positif terhadap kaedah lokalisasi zakat dalam mengatasi masalah agihan zakat. Beberapa implikasi dasar dan cadangan turut dibincangkan dalam kajian ini.
Kata Kunci: Pengagihan Zakat, Lokalisasi, model persamaan berstruktur
[1] Merupakan kajian rintis Penyelidikan di bawah geran UKM-GUP-JKKBG-08-03-009dan cadangan tesis PhD UM
[2] Profesor Madya (PhD) Jabatan Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran UM
[3] Pensyarah, Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UKM. Calon PhD Ekonomi UM
[4] Profesor Madya (PhD) Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UKM
________________________________________________________________________________________
PERANAN PENGAGIHAN ZAKAT DALAM MENGURANGKAN JURANG KEMISKINAN: SATU KAJIAN DI KELANTAN
Prof. Dr. Zakariah b. Abd. Rashid
Malaysian Institute of Economic Research (MIER)
zar@econ.upm.edu.my
Ahmad Fahme Bin Mohd Ali
Pusat Islam Universiti
Universiti Putra Malaysia
ahmadfahmee@yahoo.com.my
Dr. Amini Amir bin Abdullah
Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia
amini@putra.upm.edu.my
Abstrak
Kemiskinan adalah isu yang sentiasa hangat dibincangkan dari dulu hingga sekarang. Walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh pihak kerajaan atau swasta, namun jumlah isirumah orang Melayu yang miskin masih lagi tinggi. Dalam Islam, zakat adalah salah satu wahana yang penting dalam menyelesaikan masalah sosio-ekonomi umat Islam. Sebab itu, zakat hanya dibenarkan oleh syarak untuk diagihkan kepada umat Islam. Prestasi kutipan zakat yang tinggi oleh institusi dan organisasi pengurusan dan pengagihan zakat diharapkan dapat mengurangkan lagi bilangan isirumah yang miskin. Namun demikian, di sebalik peningkatan jumlah kutipan dan pembahagian zakat, jumlah golongan fakir dan miskin juga turut bertambah. Ini telah menimbulkan banyak persoalan mengenai keberkesanan pembahagian zakat dalam mengurangkan kemiskinan. Kajian ini membuktikan kemampuan agihan zakat dalam mengurangkan jurang kemiskinan. Ini bermakna bahawa jurang kemiskinan menjadi semakin mengecil jika pengagihan zakat kepada asnaf fakir dan miskin semakin besar dan meluas. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Data primer dikumpulkan melalui soalselidik dalam sepuluh daerah di Kelantan dan pegawai-pegawai yang terbabit dalam urusan pengagihan dan pentadbiran zakat. Dengan menggunakan empat indeks kemiskinan yang sangat popular digunakan oleh kebanyakan penyelidik dalam bidang ini, iaitu kadar kemiskinan, (H=q/N), jurang kemiskinan (P1), jurang pendapatan (P2) dan Sen index (P3), kajian ini akan menganalisa isu-isu berkaitan; Berapakah jumlah isirumah yang miskin?; Berapakah jurang kemiskinan tersebut? dan; Bagaimanakah beratnya tekanan kemiskinan tersebut? Hasil kajian mendapati bantuan dan pengagihan zakat yang efektif memberi kesan yang positif dalam mengurangkan kadar kemiskinan, jurang kemiskinan dan tekanan kemiskinan. Beberapa implikasi penting dicadangkan dalam kajian ini untuk memastikan kualiti hidup golongan miskin tidak dipinggirkan dalam arus pembangunan negara.
__________________________________________________________________________________________
THE ROLE OF ZAKAT IN DEVELOPMENT OF RURAL REGIONS IN IRAN IN COMPARISON WITH PAKISTAN
Balal Vosough
Islamic Studies and Management Faculty
Imam Sadiq University
Tehran- Iran
Phone Number: 00989127118957
Email: bfvosough@gmail.com
Abstrak
Paying zakat hasn’t been set as a payable payment in most of the Islamic country, and there are many cases in which the zakat is not paid because of various reasons; and sometimes it is spent in the cases that the payers intend. In the view of extended social affairs and their complications, and according to the supplies of an Islamic government establishment, we must try to set up and propagate this duty. Paving the way for a desirable accomplishment of this divine duty needs the compassionate of Islamic scholars to take serious efforts and also needs the cooperation of public. This article consists of three parts; first we have discussed the economic related issues of zakat in brief. In the second part we presented the situation of paying zakat in Iran in comparison with Pakistan to show the differences and the effects of zakat in eradicating of poverty. Where the brief history, function, and the volume of distribution and payments in these countries are considered. Finally this survey introduces some possible approaches for Islamic countries. In the other hand we present some suggestions to increase the extent of zakat payment and collection in Islamic countries.
Keywords: zakat, rural regions, organizations of zakat, poverty alleviation
________________________________________________________________________________________
MEMPERKASAKAN PENGURUSAN DI INSTITUSI : ISU DAN CABARAN
Marlina Ekawaty
Pusat Kajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang
tepl : 016 – 465 7774
Abstrak
Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis kemungkinan menjadikan masjid sebagai institusi zakat profesional di Indonesia. Analisis kandungan dibuat kepada buku-buku, kajian rintis, kertas kerja dan sumber-sumber lain. Kajian Public Interest Research and Advocacy Center (PIRAC) mendapati bahawa peratusan muzakki di Indonesia yang membayar zakat kepada masjid adalah sangat tinggi berbanding kepada Badan Amil Zakat (BAZ) dan Lembaga Amil Zakat (LAZ). Walhal mengikut Undang-Undang nombor 38 tahun 1999 kedudukan kedua institusi tersebut adalah lebih kuat dan boleh mengurus zakat secara profesional. Manakala pengurusan zakat oleh sebahagian besar masjid di Indonesia bersifat konvensional. Dari dua pilihan ini manakah yang lebih memungkinkan untuk dilakukan? Dapatan mempamerkan masing-masing pilihan mempunyai kebaikan dan kelemahan.
________________________________________________________________________________________
ZAKAT, THE THEORY OF IBN KHALDUN AND ECONOMIC GROWTH
Nor Asmat Ismail
Pusat Kajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang
E-mel: norasmat@usm.my
abstract
The contribution of Ibn Khaldun (1332-1406) is very significant in producing theoretical framework that looks into the role of human labor and government expenditure in the theory of economic growth. He clearly mentions that: “Man obtain (production) through no efforts of his own as, for instance, through rain that makes fields thrive, and similar things. However, these things are only contributory. His own efforts must be combined with them”. Therefore, man has to produce (or work) in order to fulfill himself, and production results from this labor. The produced goods are quoted at a price that consists of three elements: salary, profit and tax. Each element constitutes the remuneration of an agent in the economy: salary is the remuneration of the labor; profit is the remuneration of the owner; and tax is the remuneration of the government or government revenue. On this basis, Ibn Khaldun divides the economy into three sectors: production, exchange and public sectors. He suggests that the composition of government expenditure should be divided into several components such as infrastructure, and law and order. These are necessary for generating economic activities. Therefore, by spending more, it will generate higher economic growth. However, the money spent by the government comes from the subjects through taxation. The government can increase its expenditures only if it increases its taxes, but too high a fiscal pressure discourages people from working. The underlying considerations of a tax policy as suggested by Ibn Khaldun are to produce the system of tax collection that would not discourage the workers to work and lead to a decline in tax revenue. This view produce several interesting points which are very much related to current economic theories, i.e. supply side tax policy, budget composition and economic growth. This paper will explain the relationship between the supply side tax policy, zakat and the composition of government spending and economic growth.
________________________________________________________________________________________
PERAKAUNAN ZAKAT SAHAM BERDASARKAN MODAL SAHAM:
SATU ANALISIS[1]
Wan Anisah Endut[2]
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia
11800 Minden, Pulau Pinang
E-mel : wananiss@gmail.com
Faks : 04 – 653 2124
Abstrak
Kertas kerja ini bertujuan untuk menyorot kaedah perakaunan zakat saham berdasarkan modal saham. Berdasarkan beberapa tulisan terdahulu menunjukkan terdapat pelbagai kaedah perakaunan zakat saham. Hal ini berlaku disebabkan perbezaan pendapat terhadap penilaian ke atas saham itu sendiri. Sekurang-kurangnya terdapat tiga keadah perakaunan zakat saham berdasarkan modal saham. Pertama, berdasarkan harga pasaran saham; kedua, berdasarkan harga purata saham; dan ketiga, berdasarkan kaedah harga terendah di antara harga pasaran dan harga belian. Persoalannya kaedah manakah yang terbaik untuk dilaksanakan? Dapatan analisis mempamerkan kesesuaian kaedah untuk digunakan adalah bergantung kepada jenis saham dan tujuan pemilikan saham.
[1] Kertas dibentangkan di The 4th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC 10) anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) dan Institut Pengajian Siswazah (IPS) Universiti Sains Malaysia (USM) pada 21-22 Disember 2010
[1] Wan Anisah Endut ialah calon Doktor Falsafah di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia.
[1] Kertas dibentangkan di The 4th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC 10) anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) dan Institut Pengajian Siswazah (IPS) Universiti Sains Malaysia (USM) pada 21-22 Disember 2010
[2] Wan Anisah Endut ialah calon Doktor Falsafah di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia.
